Tarikh Hijriah

Isnin, 06 September 2010 || 27 Ramadhan 1431 Hijriah
 
Untuk Bantuan, Lihat Carta Alir / Navigasi Kandungan

 

 
Artikel
Pengajaran dan Pembelajaran di Masjid PDF Print E-mail
Written by shidki   
Wednesday, 25 February 2009

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam  di Masjid

  • Ahmad Shidki Yusoff 
  • IPGM Kampus Sultan Mizan 

Masjid merupakan institusi yang utama dan penting kepada umat Islam. Ini boleh dilihat daripada peristiwa bagaimana Rasulullah s.a.w. telah memulakan ketibaannya di Quba’ dan di Madinah dengan terlebih dahulu membina masjid.

 Image

Sejarah juga telah menerangkan bagaimana Rasulullah s.a.w. telah mengurus dan menjadikan masjid sebagai pusat ibadah, pusat pendidikan, pusat kegiatan sosial, pusat pembangunan masyarakat, pusat penerangan dan maklumat, pusat kehakiman, pusat perhubungan, pusat interaksi masyarakat, pusat rawatan dan kecemasan, pusat pemulihan dan pusat seni. Menurut Najib Khalid Al' Amir, (2002) Rasullulah s.a.w memilih masjid sebagai tempat belajar dan megajar kerana berdasarkan beberapa manfaat.

Strategi utama dalam membentuk kehidupan beragama ummah sudah tentulah memastikan setiap Muslim menerima Pendidikan Islam sesuai dengan golongan usianya. Ini memerlukan keadah dan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan persekitaran masjid dan  meliputi semua peringkat golongan usia, tanpa menumpukan kepada kuliah maghrib semata- mata.  

Berdasarkan keadaan di Malaysia sekarang, kebanyakan masjid dan surau kelihatan lesu dan sunyi kecuali beberapa kerat di sekitar bandar dan daerah yang aktif menjalankan kegiatan keagamaan dan berbentuk kemasyarakatan yang dihidupkan oleh AJK yang mempunyai komitmen untuk memajukan ummah.  Program – program di masjid dan bentuk pembelajarannya dewasa ini, perlu dirangka dan digubal ‘kurikulum masjid’ yang fleksibel  untuk semua peringkat daripada kanak-kanak hingga dewasa supaya pendidikan agama dapat mengisi keperluan  masyarakat Islam dalam suasana kosmopolitan dan moden ini.  Pendekatannya mesti merangsang dan interaktif serta mengambilkira keperluan menyeluruh masyarakat Islam daripada sekadar beribadat semata-mata.

 

Senario pembelajaran di kelas – kelas pengajian agama sama ada di sekolah menengah mahu pun sekolah rendah. amat menekankan ke arah kecemerlangan dan pencapaian peperiksaan di atas kertas sahaja. Dari segi amalannya ia tidak mengambarkan keputusan di atas kertas peperiksaan.

Lantaran itu  keadah pembelajaran di masjid atau surau boleh dipraktikkan dengan menggunakan modul – modul yang terancang dan teratur  dalam pelbagai format sama ada dalam masjid atau luar masjid pada hari biasa atau hujung minggu atau rancangan intensif cuti.  Dengan langkah ini, Pendidikan  Islam akan menjadi lebih berkesan kerana masjid yang pernah menjadi pusat kegemilangan dan kecemerlangan akan kembali berfungsi sebagai pusat penyebaran ilmu. Oleh itu sebarang kajian dalam mengenalpasti keadah pembelajaran yang sesuai dengan persekitaran masjid, menghasilkan modul- modul latihan dan menguji keberkesanan modul latihan tersebut ke atas pelajar- pelajar amat dialu- alukan.

  Kesimpulannnya, dalam menghadapi arus pemodenan yang sangat pesat, persekitaran sosial yang mencabar dan kian meruncing, agenda ‘anak muda’ ini sepetutnya diambil secara serius oleh pimpinan masjid menerusi panduan mesra remaja untuk mewujudkan ruang dan kecenderungan yang selesa untuk mereka ketika berada di masjid.

Last Updated ( Wednesday, 30 September 2009 )
 
© 2010 masjidsiber.net
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.